Wednesday, November 26, 2014

novel acik lana in my grabs


Ngeeee suke2 hahhahaah last week order ari isnin Dh dpt huhuhu 


Sinopsis
Izzara Helina – Tujuh tahun hidup di negara orang,
kini dia kembali dengan semangat baru. Biarpun hati
masih terluka, masih tercalar, namun Izzara tetap
cuba untuk berdiri teguh di negara sendiri. Tapi
malang kerana ketenangan yang dicari dirosakkan oleh
pertemuan dengan seorang lelaki yang tinggal di
kondo sebelah. Dan ya, ini bukan jiran mithali atau
juga jiran pilihan. Jiran ini jiran hantu. Jiran yang
suka membuat bising dan perasan handsome !
“Muzik you adalah muzik paling buruk, paling busuk,
paling gila pernah I dengar seumur hidup I. So please
stop playing that stupid guitar, I nak tidur!” ~ Izzara.
Dayyan Idraqi – Sudah terbiasa hidup dalam
kemahsyuran dan populariti yang tinggi menggunung,
ego di dada tiba-tiba saja tercalar apabila Izzara
langsung tidak mengenali siapa dirinya. Dia adalah
Dayyan Idraqi, penyanyi tersohor yang sudah gah
mencipta nama di beberapa negara. Mana mungkin
ada perempuan di sini tidak mengenali dia! Namun
demi menjaga privasi, identiti sebenar disembunyikan
daripada pengetahuan Izzara. Dia kini bukan lagi
Dayyan Idraqi, dia muncul sebagai lelaki biasa di mata gadis itu.
Perang dingin antara mereka berlanjutan sehinggalah
pada satu peringkat hati mula saling jatuh cinta.
Meluah kata sayang, melamar dan berkahwin, semua
itu dilakukan penuh gaya oleh Dayyan Idraqi demi
memiliki Izzara sepenuhnya. Dan menjelang malam
perkahwinan, satu kemalangan tidak diduga mengubah
perjalanan indah antara mereka. Izzara terluka,
Dayyan Idraqi sengsara, tidak ada sesiapa yang
mengecap bahagia.
Antara dua pilihan, Dayyan Idraqi memilih untuk
berkorban. Tapi benarkah jalan yang dipilih ini tegak
dan lurus? Jika benar mengapa hati Izzara masih
terluka? Dan mengapa pula jiwa sendiri masih sakit
dan menderita?o bertambah le Q utk di baca takpe slowly




Psstt.. sapa yg ada karya acik lana perempuan yang paling aku cinta
 please bgtau sbb nk sgt2 baca xdpt beli pun xpe janji dpt bacay


No comments:

Post a Comment